Permintaan Pembaca Untuk Contoh Karangan
Salam pembaca Mindasasterabahasa.com semua,
Seperti yang diketahui blog ini adalah berkenaan tentang karangan2 contoh untuk pelajar2 yang ingin mengambil SPM, PMR dan juga UPSR. Contoh karangan yang ada dalam blog ini adalah karangan yang diberikan oleh pembaca, penulis sambilan, cikgu dan sebagainya.
Oleh itu, jika ada antara pembaca yang ingin atau memerlukan karangan tertentu berdasarkan tajuk atau topik yang diingini, bolehlah menyatakan permintaan anda tersebut disini. Hanya perlu komen pada post ini dan pihak admin blog akan cuba sedaya upaya untuk mencari atau mendapatkan karangan tersebut.
Selain itu, jika anda pembaca mempunyai contoh karangan yang menarik pun boleh dikongsi disini untuk rakan2 pembaca yang lain. Dengan perkongsian tersebut, masing2 dapat jadikan contoh dan juga sebagai panduan kepada yang lain. Semoga usaha kita semua mendapat dan memberi kebaikan untuk semua orang.
Harap maklum. Jangan segan2 yer untuk bagitau kat sini…
Admin Blog Mindasasterabahasa.com
Penderaan Kanak-Kanak
Penganiayaan kanak-kanak bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim yang di lakukan kepada golongan kanak-kanak dengan tujuan mencederakan. Ini termasuk penderaan kepada bayi yang mampu menyebabkan sindrom mengoncang bayi. Penderaan kanak-kanak secara fizikal merupakan sesuatu yang kejam yang dilakukan oleh seseorang dewasa dengan tujuan menyakiti kanak-kanak agar kanak-kanak tersebut patuh, atau pendera tersebut mengalami masalah mental, ataupun disebabkan bagi memuaskan diri mereka secara psikologi.
Pada masa kini terdapat peningkatan mengenai mangsa dera akibat terdapat mangsa dera yang meninggal. Belum dapat dipastikan samada peningkatan jumlah ini adalah disebabkan peningkatan dalam jumlah kes penderaan kanak-kanak atau akibat meningkatnya kesedaran yang lebih mendalam mengenai penderaan kanak-kanak.
Sebagai contoh, adakah kanak-kanak yang mati akibat kes penderaan pada masa dahulu tidak pernah berlaku, ataupun kes kematian itu gagal dikesan disebabkan mereka yang mengendalikan mayat kanak-kanak tersebut tidak menyiasat kesan pada mayat disebabkan jahil mengenai kes penderaan kanak-kanak.
Punca Penderaan
- Penderaan sering berlaku apabila ibu bapa kurang mendapat sokongan sosial seperti mempunyai pendapatan dan pendidikan rendah, apabila suasana persekitaran adalah tidak stabil, apabila ibu merupakan penjaga tunggal, juga apabila tidak adanya tempat penjagaan anak.
- Apabila ibu bapa yang pendera “abusive” gagal menggunakan pertimbangan (reasoning) mereka, maka anak-anak tidak dapat menerima “meresapkan” segala peraturan dan undang-undang kerana pertimbangan adalah cara terbaik untuk mengajar sesuatu. Akibatnya anak itu menjadi lebih agresif dan menentang.
- Selalunya anak lelaki menjadi mangsa deraan, mungkin kerana anak lelaki dianggap lebih tahan daripada anak perempuan bagi ibu bapa melepaskan kekecewaan mereka.
Kesan daripada penderaan fizikal biasanya mengakibatkan mangsa sukar untuk mempercayai orang dewasa, menjalin persahabatan yang tidak mendalam, dan sering meninggalkan kawan baru jika ia merasakan bahawa ia tidak diterima. Di sekolah pula, mereka merupakan pelajar lemah, kesepian dan tidak mempunyai kawan.
Imunisasi Kanak-Kanak
Pengenalan
Imunisasi merupakan satu proses memberi vaksin kepada bayi bertujuan untuk mencegah penyakit-penyakit berjangkit. Vaksin ialah virus atau bakteria yang mati atau dilemahkan. Imunisasi boleh diberi secara suntikan (melalui otot atau di bawah kulit) atau melalui mulut. Kesan sampingan vaksinasi adalah perkara biasa dan pada kebiasaannya adalah ringan dan tidak membahayakan.
| Bayi diberi imunisasi secara suntikan
Bayi diberi imunisasi secara oral Penggunaan vaksin di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Nota:
Jadual Imunisasi
Nota :
Komplikasi penyakit yang boleh dicegah melalui imunisasi
Nota – Semua penyakit di atas sangat berbahaya dan boleh membawa kematian. Kesan sampingan dan keselamatan vaksin
Langkah berjaga-jaga dan tanda-tanda semasa imunisasi adalah biasa
Tips imunisasi
Kanak-kanak dan bayi lebih mudah dijangkiti pelbagai jenis penyakit kerana sistem imun mereka belum terbentuk sepenuhnya. Dengan mendapatkan imunisasi lengkap, anda dapat mengelakkan mereka dari dijangkiti oleh beberapa jenis penyakit berjangkit tersebut. Kenapa Perlu Ikut Jadual Imunisasi? Dr Nor Shahidah Khairullah, Pengarah dan Ketua Jabatan Virologi, Pusat Kajian Penyakit Berjangkit Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia (IMR) berkata : Jika anda melengahkan pemberian imunisasi kepada anak, antibodi dalam badan mereka akan berkurang dengan cepat dan mungkin tiada langsung jika suntikan vaksin seterusnya tidak diberikan. Hanya selepas jadual imunisasi dipenuhi, baru badan kanak-kanak dapat menghasilkan antibodi secukupnya untuk melawan serangan virus atau bakteria. Sebaliknya, jika suntikan vaksin kedua atau ketiga dilengahkan sehingga beberapa bulan, keseluruhan proses imunisasi bagi sesetengah penyakit mungkin perlu diulang kembali bagi mengelakkan si kecil mendapat jangkitan.” Jadual Imunisasi Yang Disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia
Sumber :
IMUNISASI HEPATITIS B Anda sedang menunggu kelahiran bayi anda. Bayi anda yang baru lahir memerlukan segala kasih sayang, jagaan dan perlindungan yang anda mampu berikan. Imunisasi adalah satu cara perlindungan yang baik untuk bayi anda. Ia boleh melindungi bayi anda daripada berbagai jenis penyakit berjangkit yang kerap berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak seperti penyakit tibi, kerongkong, batu kokol, campak dan sebagainya. Sekarang anda boleh melindungi bayi anda daripada Hepatitis B! Mulai Januari 1989, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyediakan perkhidmatan imunisasi Hepatitis B untuk semua bayi yang baru lahir. Apakah Hepatitis B? Hepatitis B ialah penyakit yang menyerang hati yang disebabkan oleh sejenis kuman iaitu virus Hepatitis B. Mengapa ia merbahaya? Hepatitis B merbahaya kerana setengah pesakit terus membawa virus Hepatitis B di dalam badan mereka walaupun mereka telah pulih daripada jangkitannya. 0rang-orang seperti ini dipanggil pembawa. Pembawa Hepatitis B mempunyai risiko tinggi menghidap penyakit-penyakit yang teruk seperti penyakit hati, kerosakan hati dan barah hati. Barah hati adalah di antara sepuluh jenis barah yang kerap berlaku di dunia, termasuk di negara kita. Pembawa Hepatitis B juga mengacam kesihatan orang lain oleh kerana mereka boleh memindahkan virus itu kepada orang lain. Setakat ini, tiada ubat yang boleh menyembuhkan penyakit ini. Bayi yang baru lahir menghadapi risiko tertinggi Bayi yang dilahirkan kepada ibu yang merupakan pesakit atau pembawa Hepatitis B mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk menghidap Hepatitis B. Bayi-bayi yang dijangkiti melalui ibu mereka akan menjadi pembawa seumur hidup dan menghadapi risiko tinggi menghidap barah hati. Lindungilah bayi anda daripada Hepatitis B melalui Imunisasi 0leh kerana bayi yang baru lahir mempunyai risiko tinggi untuk menjadi pembawa Hepatitis B, mereka perlu diberikan imunisasi Hepatitis B. Imunisasi ini adalah selamat dan tidak memberikan kesan-kesan sampingan. Imunisasi Hepatitis B perlu diberikan melalui 3 dos seperti berikut: Dos Umur :
Tiga dos diperlukan untuk memastikan bahawa bayi anda menerima perlindungan lengkap terhadap Hepatitis B. Bagaimana Imunisasi ini boleh didapati? Perkhidmatan ini boleh didapati di semua hospital dan klinik kerajaan serta hampir semua hospital swasta. Jika puan bersalin di hospital bayi puan akan diberi suntikan dos pertama oleh jururawat dihospital. Jika jururawat desa atau bidan kerajaan menyambut kelahiran dirumah, beliau akan memberikan suntikan dos pertama sejurus selepas kelahiran. Sekiranya bidan kerajaan yang menyambut kelahiran di rumah tidak dapat memberikan suntikan dos pertama sejurus selepas dilahirkan atau jika kelahiran disambut oleh bidan kampung, puan dinasihat supaya meminta suami atau ahli keluarga yang lain membawa bayi tersebut ke pusat kesihatan yang berhampiran dengan secepat mungkin untuk suntikan dos pertama. Bagi suntikan dos kedua dan dos ketiga, puan dikehendaki membawa bayi puan ke hospital atau pusat kesihatan yang berhampiran pada masa yang ditetapkan. 3 Dos Imunisasi Hepatitis B Akan Melindungi Bayi Anda Sepenuhnya. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
